Posts

Showing posts from January, 2012

Malulah kita pada Sang Pencipta....

Image
Kaki bergerak keluar dari surau dengan satu perasaan yang sukar diertikan. Slot muhasabah baru saja tamat, semua bergegas pulang ke bilik masing2 untuk meneruskan baki study yang terbengkalai. Ada kalangan sahabiah yg terus membentangkan tilam untuk tidur di surau. Aku di luar menanti sahabat yg sedang berbincang dgn ukhti N. Entah, butiran perbualan mereka aku tak mahu ambil tahu. Kepala aku ligat memikirkan intipati slot muhasabah sebentar tadi. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sepanjang sesi muhasabah mata aku hanya sekali sekala menitiskan air mata. Tidak seperti sahabiah lain. Kedengaran sedu-sedan tangisan mereka memecah kesunyian slot tadi. Aku masih di tempat aku, cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ukhti W dengan harapan aku juga dapat menghayati. 18 minit berlalu..... Ukhti W memulakan agenda sebenarnya. Masalah petugas dakwah. Kepalaku tertunduk namun telinga aku buka luas-luas. Dalam ba