Posts

Showing posts with the label cinta

Monolog 2: Aku Berdoa...

Aku berdoa.. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk bercakap ketika aku gembira. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan ketika sedih. Aku berdoa agar... aku merupakan sumber kekuatan bagi seseorang, ketika dia berada di tahap paling bawah aku menjadi tiang untuk dirinya berpaut. Aku berdoa agar... ketika ini, di saat ini ada seseorang sedang merinduiku, mungkin juga sedang mendoakan agar dirinya dan diriku untuk dipertemukan. Aku berdoa agar... penantianku tidak lama. Aku tahu, perkahwinan bukan jalan pintas kepada kesunyian. Barangkali selepas berkahwin masih juga sunyi, namun aku tak perlu makan seorang diri lagi. Aku lelah apabila pulang ke rumah selepas kerja, salamku tidak terjawab. Aku terlupa aku tidak punya sesiapa untuk menjawab salam itu. Aku akan terus berdoa... kerana Allah mendengar rintihan hambaNya yang meminta-minta padanya. 

Selamat Hari Lahir, Ayah!

Image
Adik-beradikku semua memanggil aku dengan gelaran "anak ayah". Dan aku bangga dengannya.  Kasih ayah   Kali ini ingin aku kongsikan mengapa ayahku sangat istimewa dihatiku.  Aku kurang rapat dengan ibuku yang aku panggil Mama. Mama sangat tegas denganku sejak aku kecil lagi. Manakala ayah hanya sekali-sekala sahaja tegas terutama bila aku pulang lewat dari bermain galah panjang dengan kawan-kawan. Ayah sering memanggil aku dengan panggilan seperti "Anak ayah hari ini sihat?", "Anak ayah dah makan?" Mungkin disebabkan itu aku paling rapat dengan ayah berbanding dengan adik-beradikku yang lain. Ayah selalu buat macam ni masa aku kecik2 dulu    Antara lain yang aku dapat kongsikan ialah aku belajar memasak dari ayahku. Sewaktu aku Darjah 6 Mama ditugaskan untuk berkursus selama 3 bulan di Ipoh. Oleh itu Mama tidak terpaksa menetap di Ipoh dan pulang ke rumah pada hujung minggu. Pada awalnya kehidupan keluarga sangat sukar tanpa Mama. Yang ada di ruma...

Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri

Image
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.  Kira-kira 6 bulan yang lalu...... Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.  Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling ham...

i'm sending out my signal already,pls interprete it.

bismillah dan salam pada semua, in exam mood dan at the end of december which mean 2012 is just around the corner. Itu juga bermaksud umur dah makin meningkat dan perlu ada future plan. Aku sumpah kagum kat seorang sahabat aku nih. She's really determine nak plan her future. NIKAH AWAL.... this is what today post all about.... Bagi orang yg terlalu ego macam aku bila orang nk story hal ni aku mesti gelak2. Tak tau kenapa tp bg aku topic ni terlalu panas dan tak sesuai tuk aku yg masih muda ni. Ni semua bohong belaka. Aku sebenarnya lebih malu takut dicop gatal, yela kau kan ke perempuan tp hal nikah lg over pikir dr lelaki. Apa kes~~ Camtu la yg aku pk apa yg org akn ckp kalau aku sibuk2 nak pk hal nikah2 ni.. Tapi still member aku sorang ni cool, borang dia dah isi (aku pun x sure). Main point aku ialah dia serius dgn hal ni. Yang berbeza dgn aku, aku cuba nak serius psl hal ni (seriously) tp bila nak ckp kat org ego aku akn datang. Ego ni akn bisik2 kt telinga supaya aku lu...