Posts

Showing posts from March, 2012

Cakap mudah dari nak buat!

Image
Kredit: http://komikdakwah.blogspot.com/ Memang semua boleh berkata-kata semasa orang lain ditimpa dugaan tapi bila kena dekat batang hidung sendiri lalu keluarlah kata-kata seperti "Tak larat den nak menanggungnya," , "Oh my gosh." , dan macam-macam lagi kata. Oleh itu jadilah kita seperti orang yang beriman yang menerima ketentuan dengan penuh bersangka baik dengan Allah. Kerana seperti diulang banyak kali sehingga kita pun dah boleh hafal Allah tak kan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang diluar kemampuannya (Rujuk Surah Al-Baqarah: 286). Seperti biasa kemungkinan besar yang membaca akan berkata dalam hati, "Oh,no,no,no, jawapan textbook! Grrrr." Jadi bagi aku kalau tak mahu jawapan textbook cuba cari satu kaedah untuk memenangkan kalian dari masalah. Ada macam-macam cara terpulang kepada individu.  Antara kaedah untuk menenangkan jiwa selain dari membaca Al-Quran Al MAjid sebab kata Allah yang dirakam dalam Kitab Allah Quran (Rujuk Surah A

Selamat Hari Lahir, Ayah!

Image
Adik-beradikku semua memanggil aku dengan gelaran "anak ayah". Dan aku bangga dengannya.  Kasih ayah   Kali ini ingin aku kongsikan mengapa ayahku sangat istimewa dihatiku.  Aku kurang rapat dengan ibuku yang aku panggil Mama. Mama sangat tegas denganku sejak aku kecil lagi. Manakala ayah hanya sekali-sekala sahaja tegas terutama bila aku pulang lewat dari bermain galah panjang dengan kawan-kawan. Ayah sering memanggil aku dengan panggilan seperti "Anak ayah hari ini sihat?", "Anak ayah dah makan?" Mungkin disebabkan itu aku paling rapat dengan ayah berbanding dengan adik-beradikku yang lain. Ayah selalu buat macam ni masa aku kecik2 dulu    Antara lain yang aku dapat kongsikan ialah aku belajar memasak dari ayahku. Sewaktu aku Darjah 6 Mama ditugaskan untuk berkursus selama 3 bulan di Ipoh. Oleh itu Mama tidak terpaksa menetap di Ipoh dan pulang ke rumah pada hujung minggu. Pada awalnya kehidupan keluarga sangat sukar tanpa Mama. Yang ada di ruma

Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri

Image
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.  Kira-kira 6 bulan yang lalu...... Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.  Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling hampir denga