Posts

Showing posts with the label kembali

Meniru Norma Kehidupan Mahasiswa Kini.

Image
Ok penulis minggu ni tak la banyak sangat masa nak hupdate blog ni, terlalu banyak kerja, tapi demi meraikan anak usrah (baca: adik usrah ) nak dekat 'study week' penulis nak bawa la satu isu yang memang kalau namanya 'student' confirmed terma ni kita biasa dengar.  M..E..N..I..R..U..( mood: mengeja ) Betul tu, meniru. Biasa dengar kan? Kenapa biasa dengar? Tanya diri kita kenapa perkataan tu biasa kita dengar. Penulis tak nak lah jadi prejudis sangat pasal perkataan tu, tapi manusia biasa macam penulis ni bila dengar perkataan tu, 'our first judgement' kata omputeh ialah meniru ini benda tak elok.   Setuju ke tidak? sebabkan semua masih meneruskan bacaan jadinya penulis menganggap semua setuju dengan kenyataan di atas Kita selalu kata barangan dari China tak elok sebab barang mereka suka tiru barang original, walaupun sekarang China sudah mampu mengeluarkan smartphone dengan prestasi yang tip top dengan harga yang murah ( ...

Prejudis dan Hukum Menghukum

Image
Penulis sebenarnya sejak dua menjak ni malas sikit nak menulis. Bukan takat blog tapi report tak siap lagi, Facebook pun dah bersawang takat larat nak 'like' dengan 'share' saja la. Tapi kali ni panulis nak bawak satu isu, panas, menyengat dan membara.  Prejudis.. Tak biasa dengar? Ok, bahasa omputih : Prejudice (Definition: Here  ) Lagi satu Hukum menghukum. Tak kan yang ni tak biasa dengar kot? U blame me, I blame you. 1.Masyarakat di ambang bahaya Masyarakat dalam bahaya Baiklah, begini kisahnya. Alkisah bermula bila Penulis terbaca satu pengakuan (baca: confession) dekat Facebook berkaitan seorang manusia ini meluahkan perasaan geramnya kepada segolongan manusia di kampusnya yang berlagak (baca: bajet) alim. Dia menggelarkan orang-orang yang bajet ni suka pandang serong kepada dia yang tidak tutup aurat sempurna atau golongan seperti dia yang berkapel gitu. Jadinya dia marah lantas konfes lagi bahawa dia begitu ada sebabnya. ...

Sehelai tudung labuh

Masih segar bugar dalam ingatan aku, ketika surat tawaran ke SMKA dulu sampai ke rumah. Ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mendaftar bagi tingkatan 1 di sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Barang hampir separuh telah aku siapkan. Tambahan along juga pelajar tingkatan 4 disitu. Overall, sekolah itu aku rating 4/5. Namun disaat akhir emak meminta aku memikirkan semula keputusanku. Dari riak wajah emah jelas emak mahu aku ke sekolah agama. Dengan sikap aku yang lebih suka menyerahkan keputusan bulat-bulat kepada kedua ibu-bapaku akhirnya aku melangkah kaki buat pertama kalinya ke situ. Disini segalanya bermula, Aku memahami bahawa kepala perlu ditutup. Titik. Tapi didalam surat tawaran disertakan dengan senarai keperluan barang pelajar. Panjang, dan aku tidak mungkin ingat semuanya antaranya: baju kurung kasut kulit  stokin etc etc Masa perhimpunan pagi yang pertama semua pakai tudung besar2, labuh2. Aku? Biasa je, tudung yang aku prepared nak guna pegi Bai...

Cakap mudah dari nak buat!

Image
Kredit: http://komikdakwah.blogspot.com/ Memang semua boleh berkata-kata semasa orang lain ditimpa dugaan tapi bila kena dekat batang hidung sendiri lalu keluarlah kata-kata seperti "Tak larat den nak menanggungnya," , "Oh my gosh." , dan macam-macam lagi kata. Oleh itu jadilah kita seperti orang yang beriman yang menerima ketentuan dengan penuh bersangka baik dengan Allah. Kerana seperti diulang banyak kali sehingga kita pun dah boleh hafal Allah tak kan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang diluar kemampuannya (Rujuk Surah Al-Baqarah: 286). Seperti biasa kemungkinan besar yang membaca akan berkata dalam hati, "Oh,no,no,no, jawapan textbook! Grrrr." Jadi bagi aku kalau tak mahu jawapan textbook cuba cari satu kaedah untuk memenangkan kalian dari masalah. Ada macam-macam cara terpulang kepada individu.  Antara kaedah untuk menenangkan jiwa selain dari membaca Al-Quran Al MAjid sebab kata Allah yang dirakam dalam Kitab Allah Quran (Rujuk Surah A...

Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri

Image
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.  Kira-kira 6 bulan yang lalu...... Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.  Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling ham...

Aku Sudah Tiada!

Image
Aku sudah tiada Saat kaki melangkah,  Gagah ditarik ke arah cahaya, Kau tahu ketika itu, Aku sudah tiada. Saat hitam bergelak-tawa, Hadir Sang Mulus menghulur jiwa, Janji duri peneman kata, Aku sudah tiada. Saat tangis silih berganti, Kosong menjadi tanda tanya, Debar kalam berselimut gula, Aku sudah tiada. Duhai sahabat, Jangan kau berdiri dihadapanku, Langkah ini tidak akan lagi terhenti, Arus ombak menjamu aib, Namun tidak diri ini sesali, Ketiadaanku itu pasti, Kerna aku hilang dari hijabmu, Dijelma roh, Aku sudah tiada. Jawapan melintasi perjalanan, Tangan menghulur tanda kemenangan, Walau dirimu dihujung penantian, Aku tetap sudah tiada, Kerna aku...... yang dahulu dipimpin ikatanmu SUDAH TIADA. Kaki yang akan terus melangkah nota kaki: Penulis cuba menggambarkan sesuatu di dalam sajak ini, can anyone figure it out? ~penulis khayalan~ 

Malulah kita pada Sang Pencipta....

Image
Kaki bergerak keluar dari surau dengan satu perasaan yang sukar diertikan. Slot muhasabah baru saja tamat, semua bergegas pulang ke bilik masing2 untuk meneruskan baki study yang terbengkalai. Ada kalangan sahabiah yg terus membentangkan tilam untuk tidur di surau. Aku di luar menanti sahabat yg sedang berbincang dgn ukhti N. Entah, butiran perbualan mereka aku tak mahu ambil tahu. Kepala aku ligat memikirkan intipati slot muhasabah sebentar tadi. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sepanjang sesi muhasabah mata aku hanya sekali sekala menitiskan air mata. Tidak seperti sahabiah lain. Kedengaran sedu-sedan tangisan mereka memecah kesunyian slot tadi. Aku masih di tempat aku, cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ukhti W dengan harapan aku juga dapat menghayati. 18 minit berlalu..... Ukhti W memulakan agenda sebenarnya. Masalah petugas dakwah. Kepalaku tertunduk namun telinga aku buka luas-luas. Dalam ba...