Posts

Showing posts with the label nikah

Monolog 2: Aku Berdoa...

Aku berdoa.. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk bercakap ketika aku gembira. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan ketika sedih. Aku berdoa agar... aku merupakan sumber kekuatan bagi seseorang, ketika dia berada di tahap paling bawah aku menjadi tiang untuk dirinya berpaut. Aku berdoa agar... ketika ini, di saat ini ada seseorang sedang merinduiku, mungkin juga sedang mendoakan agar dirinya dan diriku untuk dipertemukan. Aku berdoa agar... penantianku tidak lama. Aku tahu, perkahwinan bukan jalan pintas kepada kesunyian. Barangkali selepas berkahwin masih juga sunyi, namun aku tak perlu makan seorang diri lagi. Aku lelah apabila pulang ke rumah selepas kerja, salamku tidak terjawab. Aku terlupa aku tidak punya sesiapa untuk menjawab salam itu. Aku akan terus berdoa... kerana Allah mendengar rintihan hambaNya yang meminta-minta padanya. 

i'm sending out my signal already,pls interprete it.

bismillah dan salam pada semua, in exam mood dan at the end of december which mean 2012 is just around the corner. Itu juga bermaksud umur dah makin meningkat dan perlu ada future plan. Aku sumpah kagum kat seorang sahabat aku nih. She's really determine nak plan her future. NIKAH AWAL.... this is what today post all about.... Bagi orang yg terlalu ego macam aku bila orang nk story hal ni aku mesti gelak2. Tak tau kenapa tp bg aku topic ni terlalu panas dan tak sesuai tuk aku yg masih muda ni. Ni semua bohong belaka. Aku sebenarnya lebih malu takut dicop gatal, yela kau kan ke perempuan tp hal nikah lg over pikir dr lelaki. Apa kes~~ Camtu la yg aku pk apa yg org akn ckp kalau aku sibuk2 nak pk hal nikah2 ni.. Tapi still member aku sorang ni cool, borang dia dah isi (aku pun x sure). Main point aku ialah dia serius dgn hal ni. Yang berbeza dgn aku, aku cuba nak serius psl hal ni (seriously) tp bila nak ckp kat org ego aku akn datang. Ego ni akn bisik2 kt telinga supaya aku lu...