Posts

Showing posts from October, 2012

Kisah Sahabat 3: Indah Khabar dari Rupa (Peribahasa Berat Sebelah)?

warning: entry kali ini kemungkinan panjang berjela-jela. Ambil masa beberapa hari untuk 'draft'. Jika anda salah seorang penyakit kurang sabar minta sediakan secawan teh O bagi meningkatkan tahap kesabaran. Assalamualaikum wbt buat seluruh muslimin serta muslimat yang masih bernafas di atas muka bumi ini. Rasa kesyukuran penulis panjatkan kepada Sang Pencipta yang memberikan penulis nikmat untuk menaip-naip papan kekunci serta ilham yang diberi. Rasa kecintaan kepada Kekasih Pujaan Rasullullah Muhammad Bin Abdullah kerana tanpa beliau maka gelaplah hidup penulis.  Atas alasan apa untuk penulis titipkan kisah sahabat penulis ini adalah untuk dikongsikan kepada semua pembaca dengan izin Nya betapa penulis mengkagumi semangat perjuangan beliau. Dari mana penulis ingin mulakan kisah sahabat ini tidaklah sukar. Penulis mulakan dengan bila pertama kali penulis kenal sahabat penulis ini.  Pertama kali penulis melihat beliau memang tak dapat penulis ingat secara tepat te