Posts

Showing posts from December, 2012

"Tarbiyah Harakiyah" : Antara Mitos dengan Realiti

Catatan Peribadi Seorang Murabbi...: "Tarbiyah Harakiyah" : Antara Mitos dengan Realiti Massa "Ustaz tu biar dia betulkan diri dia dahulu sebelum dia TARBIYYAH orang lain!," tegas seorang artis popular terhadap seorang personaliti tv yang menukarkan 360 darjah hidupnya kepada perjuangan Islam. "Aku mendapat TARBIYYAH oleh seorang ustaz yang berusrah dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir," kata seorang teman daripada sebuah NGO Islam. "Kita mestilah menjaga TARBIYYAH diri kita selalu agar ada kekuatan dalam perjuangan ini," kata seorang pimpinan mahasiswa Islam. "Usrah adalah tunjang TARBIYYAH!," tegas seorang naqibku di alam kampus dahulu. Fikirku dahulu : "TARBIYYAH adalah suatu BENDA YANG SUCI!," Pengertian Tarbiyyah (التربية) berasal daripada Bahasa Arab bererti 'pendidikan'. Menurut etimologi pula, asal kata 'tarbiyyah' ini mampu diterbitkan kepada 3 kata kerja yang berbeza iaitu : Rabaa-y