Posts

Showing posts with the label ujian

Monolog 2: Aku Berdoa...

Aku berdoa.. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk bercakap ketika aku gembira. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan ketika sedih. Aku berdoa agar... aku merupakan sumber kekuatan bagi seseorang, ketika dia berada di tahap paling bawah aku menjadi tiang untuk dirinya berpaut. Aku berdoa agar... ketika ini, di saat ini ada seseorang sedang merinduiku, mungkin juga sedang mendoakan agar dirinya dan diriku untuk dipertemukan. Aku berdoa agar... penantianku tidak lama. Aku tahu, perkahwinan bukan jalan pintas kepada kesunyian. Barangkali selepas berkahwin masih juga sunyi, namun aku tak perlu makan seorang diri lagi. Aku lelah apabila pulang ke rumah selepas kerja, salamku tidak terjawab. Aku terlupa aku tidak punya sesiapa untuk menjawab salam itu. Aku akan terus berdoa... kerana Allah mendengar rintihan hambaNya yang meminta-minta padanya. 

Prejudis dan Hukum Menghukum

Image
Penulis sebenarnya sejak dua menjak ni malas sikit nak menulis. Bukan takat blog tapi report tak siap lagi, Facebook pun dah bersawang takat larat nak 'like' dengan 'share' saja la. Tapi kali ni panulis nak bawak satu isu, panas, menyengat dan membara.  Prejudis.. Tak biasa dengar? Ok, bahasa omputih : Prejudice (Definition: Here  ) Lagi satu Hukum menghukum. Tak kan yang ni tak biasa dengar kot? U blame me, I blame you. 1.Masyarakat di ambang bahaya Masyarakat dalam bahaya Baiklah, begini kisahnya. Alkisah bermula bila Penulis terbaca satu pengakuan (baca: confession) dekat Facebook berkaitan seorang manusia ini meluahkan perasaan geramnya kepada segolongan manusia di kampusnya yang berlagak (baca: bajet) alim. Dia menggelarkan orang-orang yang bajet ni suka pandang serong kepada dia yang tidak tutup aurat sempurna atau golongan seperti dia yang berkapel gitu. Jadinya dia marah lantas konfes lagi bahawa dia begitu ada sebabnya. ...

Cakap mudah dari nak buat!

Image
Kredit: http://komikdakwah.blogspot.com/ Memang semua boleh berkata-kata semasa orang lain ditimpa dugaan tapi bila kena dekat batang hidung sendiri lalu keluarlah kata-kata seperti "Tak larat den nak menanggungnya," , "Oh my gosh." , dan macam-macam lagi kata. Oleh itu jadilah kita seperti orang yang beriman yang menerima ketentuan dengan penuh bersangka baik dengan Allah. Kerana seperti diulang banyak kali sehingga kita pun dah boleh hafal Allah tak kan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang diluar kemampuannya (Rujuk Surah Al-Baqarah: 286). Seperti biasa kemungkinan besar yang membaca akan berkata dalam hati, "Oh,no,no,no, jawapan textbook! Grrrr." Jadi bagi aku kalau tak mahu jawapan textbook cuba cari satu kaedah untuk memenangkan kalian dari masalah. Ada macam-macam cara terpulang kepada individu.  Antara kaedah untuk menenangkan jiwa selain dari membaca Al-Quran Al MAjid sebab kata Allah yang dirakam dalam Kitab Allah Quran (Rujuk Surah A...

Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri

Image
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.  Kira-kira 6 bulan yang lalu...... Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.  Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling ham...

Aku Sudah Tiada!

Image
Aku sudah tiada Saat kaki melangkah,  Gagah ditarik ke arah cahaya, Kau tahu ketika itu, Aku sudah tiada. Saat hitam bergelak-tawa, Hadir Sang Mulus menghulur jiwa, Janji duri peneman kata, Aku sudah tiada. Saat tangis silih berganti, Kosong menjadi tanda tanya, Debar kalam berselimut gula, Aku sudah tiada. Duhai sahabat, Jangan kau berdiri dihadapanku, Langkah ini tidak akan lagi terhenti, Arus ombak menjamu aib, Namun tidak diri ini sesali, Ketiadaanku itu pasti, Kerna aku hilang dari hijabmu, Dijelma roh, Aku sudah tiada. Jawapan melintasi perjalanan, Tangan menghulur tanda kemenangan, Walau dirimu dihujung penantian, Aku tetap sudah tiada, Kerna aku...... yang dahulu dipimpin ikatanmu SUDAH TIADA. Kaki yang akan terus melangkah nota kaki: Penulis cuba menggambarkan sesuatu di dalam sajak ini, can anyone figure it out? ~penulis khayalan~ 

Cakap sedap mulut

kwn aku pnh ckp yg Allah akn uji apa yg kita ckp.. contohnya: .............................................................................................................................................. Situasi 1 "bila jemaah perlukan kita , kita kena commit." -Si A "Aku akan bg sepenuhnya pd jemaah"-Si B ................................................................................................................................................ ni sebahagian dialog yang aku selalu sgt dengar, tapi bila panggilan 'jihad' dtg especially time2 yg kita mmg tgh berat hati mau goyah juga hati ni. Sebab itu kita jgn terlalu yakin dgn diri. Memadai dgn mengucap lafaz 'InsyaAllah'. Tapi dlm masa yg sama kita usaha juga memenuhi tuntutan. ................................................................................................................................................. Even aku tulis blog pun aku sndr risau andai Allah uji kata2 aku...