Prejudis dan Hukum Menghukum
Penulis sebenarnya sejak dua menjak ni malas sikit nak menulis. Bukan takat blog tapi report tak siap lagi, Facebook pun dah bersawang takat larat nak 'like' dengan 'share' saja la. Tapi kali ni panulis nak bawak satu isu, panas, menyengat dan membara.
Prejudis..
Tak biasa dengar?
Ok, bahasa omputih : Prejudice (Definition: Here )
Lagi satu Hukum menghukum. Tak kan yang ni tak biasa dengar kot? U blame me, I blame you.
1.Masyarakat di ambang bahaya
Baiklah, begini kisahnya.
Alkisah bermula bila Penulis terbaca satu pengakuan (baca: confession) dekat Facebook berkaitan seorang manusia ini meluahkan perasaan geramnya kepada segolongan manusia di kampusnya yang berlagak (baca: bajet) alim. Dia menggelarkan orang-orang yang bajet ni suka pandang serong kepada dia yang tidak tutup aurat sempurna atau golongan seperti dia yang berkapel gitu. Jadinya dia marah lantas konfes lagi bahawa dia begitu ada sebabnya. Kepincangan keluarga antara penyebab utama dia begitu.
Begitulah serba sedikit keratan pengakuannya.
Kalau kita baca status gini pastinya kita akan dapat komen macam ni:
Jeman: Hang yang tamau berubah hang salahkan org lain pulok.
Mimi: Amboi Jeman sedap je mulot ko kan? Apa ko igt org macam kitaorg ni teruk sgt ke? Orang tudung labuh, orang pakai kopiah memang cenggitu, suka kawan sesama depa je. Bajet bagus sgt
Muslim: Kita ni Allah cipta di bumi ni dengan penuh ujian. Sesungguhnya Allah sedang menguji dirimu. Moga kau terus kuat.
Timah: Tolongla jangan berpuak sangat geng alim. Korang kena la dekati kami.
Deris: Bukan semua macam tu, ada je yang kopiah, tudung labuh sporting je. Kawan aku ramai. Aku pakai seluar koyak rabak depa ok je. Tak de pulak tak kawan dengan aku.
Dah tu tang mana yang salahnya?
Baik sebelum penulis ulas kisah benar di atas ni Penulis nak bawak satu lagi kisah benar. Kisah ni terjadi masa Penulis menyertai satu kem sebagai Fasi. Dalam kem ni kami Fasi diingatkan berulang kali bahawa di dalam pernyertaan kem kali ini adanya peserta yang bermasalah.
Oh sebelum terlupa Penulis gambarkan sedikit diri Penulis. Penulis adalah orang yang baru kembali berhijrah. Alhamdulillah sudah masuk tahun ke 4. Bila Penulis tulis perkataan KEMBALI bagi yang belajar bahasa Melayu ia membawa erti kita ulang semula (sini) dari satu titik A kembali ke titik A.
Berbalik kepada kem tadi, pasal kem ni kem kerohanian jadinya kebanyakkan peserta memang style tudung sampai ke siku gitu (Omomo). Kalau tak ke siku pun memang elok kemas terkepit kat depan. Kira memang kem bagus ni. Dalam beberapa peserta ni ada la yang berpurdah. Sejuk je tengok peserta yang pakai purdah ni la. Nak dijadikan cerita peserta yang berpurdah ni (ada dalam 7 orang) diminta untuk membuka purdahnya ketika aktiviti supaya mudah la nak berinteraksi. Kira kem ni memang semua perempuan. Tak dak sorang pun laki. Dalam 7 orang ni semua buka purdah ketika aktiviti kecuali Maimunah(bukan nama sebenar). Selepas dipujuk pun Maimunah masih tak mahu buka purdah dia.
Apa lagi geram la beberapa Fasi.
Hal ni berbangkit di dalam mesyuarat Post Mortem malam tu. Kira semua Fasi bagi pandangan. Sampai keluarlah beberapa kata-kata seperti di bawah:
Fasi 1: Alhamdulillah la semua peserta yang bermasalah tu masih lagi ok dengan kem kita. Cumanya depa segan ramai sgt yang tudung labuh.
Fasi 2: Cumanya saya kecewa sikit sikap peserta yang berpurdah tak nak buka purdah. Padahal bukan ada orang laki pun. Lagipun kawan dia yang lain semua buka masa aktiviti.
Fasi 3: Tapi kita tak boleh paksa.....
Fasi 4: Tula tadi masa time aktiviti pagi tadi masa saya tanya soalan agama, yang asas je pun budak biasa pun lagi boleh jawab daripada budak tudung labuh.
2. Pejudis dan Menghukum
Oh, tak nampak????
Tak apa, hubungannya begini. Kita manusia terlalu kuat menghukum. Sifat menghukum ni akan lahir dari sifat prejudis dahulu. Pelajar yang konfes berkaitan geng bajet alim yang seolah olah menghukum dia dan orang sepertinya sebagai pendosa sedangkan dia ada masalah dalaman yang orang lain tidak tahu. Fasi pula akibat terlalu memikirkan pelajar bermasalah mereka mungkin terkhilaf untuk prejudis kepada peserta yang bertudung labuh dan juga berpurdah.
Sikap prejudis ni bahaya, kerananya ia melahirkan sifat tidak senang kepada orang lain. Oleh itu Islam anjurkan supaya kita berlapang dada dan berbaik sangka.
Ya, memang susah. Sebab tu budaya prejudis dan menghukum kian menular dalam masyarakat. Semua tak nak usaha dulu. Baru nak bagi solusi dah kata susah la, leceh la.
Sebenarnya geng alim ke, geng tak alim ke, geng spek tebal ke, geng murai ke semuanya kena tanam dalam diri sifat berlapang dada. Seperti dua kisah kat atas ni orang yang konfes tu meletakkan dirinya sebagai mangsa yang dihukum geng bajet alim. Dia rasa sedih dan bila dilihat pada komen Mimi (rujuk atas) telah melabelkan orang bajet alim ini sebagai bajet bagus. Komen seperti ini bagi Penulis berat sebelah sebabnya bila penulis kaitkan pula dengan kejadian yang berlaku di kem kepada geng alim (baca: geng purdah) dihentam kerana tidak mahu menurut arahan Fasi.
Orang selalu prejudis terhadap geng bajet alim, geng alim, geng kopiah, geng tudung labuh (anda nama kan lah sendiri) sebagai sombong, berpuak dan sebagainya. Tapi kadang kala kita lupa mereka juga manusia. Boleh jadi mereka ini bertudung labuh kerana mereka rasa selesa dengannya sedangkan mereka tak faham kenapa mesti mereka berpakaian begitu.
Manusia sering menghukum geng ini juga suka berpuak sesama mereka sahaja. Kenapa tidak anda yang memulakan dahulu tali persahabatan?
'Ermm, malulah nak cakap dengan diorang semua tudung macam tu, Kitaorg macam ni'
Dah tu boleh pula kita nak fikir geng tu tak segan? Penulis ulang lagi siapa tahu boleh jadi mereka pun tak punya apa pun (contoh: ilmu agama yang tinggi) melainkan memilih untuk berpakaian mengikut syariat.
Ini masalah prejudis. Dari prejudis kita akan perlahan perlahan akan mula menghukum. Kita akan mula melabel orang itu, orang ini, wanita itu, lelaki ini dan berterusan.
Pastinya sukar,
Pastinya sukar,
Lepas ni mesti akan ada pula yang bunyi,
'Dah tu sampai mana nak lapang dada, sangka baik?'
Saranan Penulis kita tahu setakat mana kita mampu berlapang dada dan bersangka baik. Menurut contoh di atas bila kita rasa geng kopiah ni kawan sama kopiah saja, cuba sangka baik dulu boleh jadi mereka adalah golongan baru berhijrah, mereka tak pandai lagi nak dakwah orang. Kita buka prejudis itu, dan mula kan langkah, tegur mereka dahulu, kalau masih disambut dingin biarkan saja. Berlapang dadalah bahawa masih ada ramai lagi manusia yang bukan macam mereka. Mudah kan tulis? Hehe Insyallah Bi Iznillah kalau kita usaha walau susah mula mula insyallah Allah permudah jalan.
3. Ayuh membina persekitaran harmoni
Sukarnya untuk tidak prejudis dan menghukum kan?? Jika tidak masakan ada manusia yang segan mahu makan di restoran berseorangan,
Kerana apa?
Jawapannya ialah prejudis manusia daripada persekitaran dan juga prejudis orang itu sendiri ke atas dirinya.
Kerana apa?
Jawapannya ialah prejudis manusia daripada persekitaran dan juga prejudis orang itu sendiri ke atas dirinya.
![]() |
Together, we change for better world. |
Oleh itu ayuh semua kita buang jauh jauh prejudis dan menghukum. Biar sejauh kutub selatan kita membuangnya. Masyarakat hari ini akan menentukan peradaban generasi akan datang kelak.
Kita mampu mengubahnya. Jika bukan kita siapa lagi?
penulis khayalan
penulis khayalan
Comments