Meniru Norma Kehidupan Mahasiswa Kini.
Ok penulis minggu ni tak la banyak sangat masa nak hupdate blog ni, terlalu banyak kerja, tapi demi meraikan anak usrah (baca: adik usrah) nak dekat 'study week' penulis nak bawa la satu isu yang memang kalau namanya 'student' confirmed terma ni kita biasa dengar.
M..E..N..I..R..U..(mood: mengeja)
Betul tu, meniru. Biasa dengar kan? Kenapa biasa dengar? Tanya diri kita kenapa perkataan tu biasa kita dengar.
Penulis tak nak lah jadi prejudis sangat pasal perkataan tu, tapi manusia biasa macam penulis ni bila dengar perkataan tu, 'our first judgement' kata omputeh ialah meniru ini benda tak elok.
Setuju ke tidak?
sebabkan semua masih meneruskan bacaan jadinya penulis menganggap semua setuju dengan kenyataan di atas
Kita selalu kata barangan dari China tak elok sebab barang mereka suka tiru barang original, walaupun sekarang China sudah mampu mengeluarkan smartphone dengan prestasi yang tip top dengan harga yang murah (ok ni topik lain). Sama la dengan budaya meniru dalam kehidupan mahasiswa sekarang. Paling kerap mahasiswa lakukan ialah meniru dalam ujian, peperiksaan ataupun sebarang kerja kursus.
Sepanjang penulis dari darjah satu samapai tingkatan 5 memang tak pernah tahu istilah meniru ni sehinggalah penulis menjejakkan kaki di menara gading. Di tahun pertama pengajian memang tak tahu menahu pasal meniru ni sampai di tahun kedua pengajian, waktu itu penulis di semester ke tiga perkataan meniru masuk dalam kamus hidup penulis.
1. Kenapa dan bagaimana ini terjadi?
Penulis bawakan satu kisah, terdapat 2 manusia, kita label A dan B bagi mudah kita nak faham. Jantina tak diambil pertimbangan makna kata tak kisah jantina apa.
A seorang yang rajin, kuat usaha, selalu datang kuliah, tak ponteng tanpa sebab. Kalau zaman sekarang A memang kena panggil skema la. Datang kelas pun awal, duduk pula kalau boleh depan pensyarah terus. B pula biasa saja. Datang juga kuliah, tapi rajin juga tak datang. Orangnya selamba dan rilek je. Walau A dan B ni nampak berbeza tapi dua dua bukan budak genius. Jadi pendek cerita bila pensyarah kata esok nak buat ujian malam tu A dan B pulun study. Bezanya A pulun menghafal dan cuba faham bagai, tapi B pun study juga cuma dia cuba la plan macam macam helah untuk meniru esok. Esoknya B datang awal sebab nak pilih 'port' terbaik (biasanya posisi tepi atau belakang) dan bersedia nak jawab ujian. A pula macam biasa datang awal duduk depan pensyarah kalau boleh. Dua dua jawab ujian dengan jayanya. Bila result keluar B score lebih tinggi dari A. Dan paling teruknya A score paling teruk dalam kelas dia. Walaupun A seorang yang rajin tapi dia tak mampu nak score dalam ujian walhal kawan dia hampir kesemuanya meniru dalam ujian mendapat markah lagi tinggi dari A.
Berdasarkan kisah kat atas ni, apa kita rasa? Boleh jadi dalam realiti kita ni makhluk spesis A dan boleh jadi juga kita makhluk spesis B. Mungkin juga kita bukan keduanya tapi kita melihat situasi ini berlaku.
![]() |
2. Menenggelamkan usaha dalam diri.
Kenapa penulis begitu bimbang budaya meniru ini menjadi darah daging mahasiswa? Ya, memang sepanjang hidup kita tak mustahil kita pernah meniru walau hanya sekali seumur hidup cumanya kebimbangannya meniru itu dijadikan kemestiaan dalam setiap perkara. Bila pensyarah kata ada ujian, perkara pertama yang kita fikir "Oh macam mana nak meniru kali ini pula." atau bila ada kerja kursus kita dengan muka tak malu pinjam jawapan kawan dan salin bulat bulat. Penulis pernah bertanya kepada seorang pelajar mengenai tindakannya jika tidak mampu menyelesaikan sesuatu kerja kursus. Jawapannya mudah;
Pelajar: Tiru saja.
Penulis: Kamu faham apa yang kamu tiru?
Pelajar: Tak.
Penulis: Tak mengapa ke macam tu?
Pelajar: Nak buat macam mana yang penting kerja kursus dihantar dan punya markah.
Usaha untuk memahami apa yang ditiru juga tidak ada. Seolah olah usaha ini tidak perlu lansung dalam hidup ini. Jalan mudah sentiasa ada. Tidak perlu bersusah payah berusaha, ianya seakan akan sia sia. Berbalik kepada kisah A dan B, hasilnya menunujukkan rajin (baca: usaha) itu tidak perlu cukup sahaja dengan bijak (baca: meniru) untuk berjaya.
3. Menafikan Allah itu melihat
![]() |
Situasi biasa |
![]() |
Allah Maha Melihat. |
Dengan aqidah kita percaya Allah itu Maha Melihat. Setiap perkara dan setiap perbuatan. Mungkin kasar kalau penulis kata meniru ini seolah olah kita menipu. Tapi itulah kebenaran yang pahit. Mahasiswa cuba menipu pensyarah di dalam ujian ianya seperti ketika meniru itu Allah tidak melihat perbuatan itu. Teringat penulis apabila membaca karangan Saudara Hilal Asyraf "Untuk Kita Pendosa", dalam buku itu ada satu bait mengatakan di akhirat kelak hanya dua pilihan jawapan yang kita ada Ya atau Tidak ataupun Betul atau Salah. Tiada istilah 'rasa rasa', terpulang pada pertimbangan allah untuk menilai.
Makanya, ayuh kita bermuhasabah. Sejauh mana kebergantungan kita pada Allah.
Ya, kita masih kurang meletakkan Allah di atas sekali.
Sesetengah suka beralasan "Saya bukan pandai, maka saya perlu meniru", namun segala kepandaian itu datang dari Allah, sedangkan tangan yang menggerakkan pen ketika menjawab peperiksaan atau ujian itu datang dari kehendak Allah masakan kita mahu berdalih lagi. Ada yang meniru tapi masih mendapat markah rendah, kerana apa? Fikir fikirkanlah..
Sifat kehambaan kita masih samar samar.
Justeru itu, bangkitlah kita melakukan perubahan. Pastinya sukar pada permulaannya namun perlu diingat manusia sentiasa melihat hasil (baca: markah ujian, top student) dan tidak akan puas melihat hasil tapi Allah melihat usaha. Jika dapat kedua duanya usaha dan hasil alhamdulillah, nikmat dan rahmat Allah itu luas namun setelah berusaha hasilnya tiada tak mengapa, jangan bersedih....
kerana...
usaha kita Allah tidak lupa.
~penulis khayalan~
Comments