Kembali Menulis
![]() |
Tangan yang takkan berhenti menulis |
Setelah sekian lama menghilang akhirnya diberi juga kesempatan untuk kembali mencoret. Penulis sendiri hampir tidak percaya masih ada yang sudi mengunjungi blog ini sebab dekat setahun takde maintainance. Dah bersawang dah blog ni.
Tp syukur Alhamdulillah masih bernyawa dan masih juga sibuk berkerja Islam. Post kali penulis nak kongsikan kisah penulis menemani ayahanda ke hospital.
.Kisahnya,
Penulis dikejutkan dengan berita ayahanda kurang sihat dan perlu kepada operation minggu lepas. Itupun kerana Big Bro penulis terlepas cakap semasa kami sekeluarga chat dalam Whatsapp. Terpinga-pinga juga kami adik beradik dengan keputusan ibunda yang memilih untuk merahsiakan perkara ini. Tapi kejutan ini terlalu besar untuk kami telan. Hujung minggu itu terus kami adik beradik pulang ke rumah. Itu lebih nampak dramatik, kalau ikutkan kami semua tak kan pulang ke rumah pada minggu itu kerana pada minggu yang seterusnya kami akan balik lagi ke rumah kerana sepupu bakal menamatkan zaman bujangnya.
Ok, itu intro...
Pada waktu appointment operation itu, seawal jam 6.45 am penulis ditemani Big Bro membawa ayah ke hospital. Jarak rumah ke G.H Ipoh menyebabkan kami terpaksa bertolak awal.
Fast forward.....
Fast forward.....
Fast forward.....
Kira-kira jam 1 pm masih belum selesai. Part ni yang touching ni. Sungguh! Penulis tak tipu.
Kisah 1: Alone in Cube
Kelihatan jauh dari tempat duduk penulis ketika itu seorang Pak Cik. Gelap kulitnya. Penulis tak pasti apa yang dihadapinya cuma penulis nampak wayar penuh disekeliling badannya. Monitor yang selalu dalam TV itu berbunyi sungguh kuat hingga penulis acapkali berdebar bila mendengarnya. Tit..tit..tit..tit. Tiba-tiba azan Zohor sayup daripada TV kedengaran. Penulis melihat Pak Cik itu mengangkat tangannya sambil diletakkan sikunya ke atas katil sambil berbaring tadi ( boleh bayang tak?). Jarinya kelihatan bergerak-gerak. Barangkali berzikir. Penulis pandang ke kiri dan kanan. Tiada siapa menemani Pak Cik itu. Wajahnya sugul. Namun apakan daya penulis hanya mampu melihat sahaja, kerana penulis juga agak takut ingin menyapa. Hingga kini wajah Pak Cik itu melingkari ruang fikiran penulis. Ketika saat ini penulis amat mengharapkan ada yang menemani Pak Cik itu.
Kisah 2: Eternal Loving Couple
Kisah ini pula bermula ketika ayahanda disorong masuk ke bilik operasi. Penulis tak senang duduk. Penulis bangun dari kerusi tempat khas bagi waris pesakit menunggu ke arah kerusi berhampiran kaunter jururawat. Di situ lebih dekat dengan bilik operasi. Selang beberapa minit seorang lelaki india berusia 40 an duduk disebelah penulis. Dia tampak gelisah. Sekejap-sekejap dia duduk, sekejap-sekejap dia berdiri. Lepas tu Uncle ni seolah hilang dari pandangan penulis. Tak tahu dia pergi mana. Sedar-sedar semasa penulis dan ayahanda sedang menunggu keputusan keluar, penulis lihat Uncle itu berada di sisi katil seorang perempuan. Dari cara dia melayan wanita itu, jelas wanita itu adalah isterinya. Selepas mendapat arahan daripada nurse, Uncle itu gigih memimpin isterinya keluar sambil menggendong beg tangan isterinya. Penulis rasa nak teriak je tengok Uncle tu dengan Wife dia. Cinta Uncle pada Wife tak perlu diucap kerana sedangkan penulis yang pertama kali bertemu Uncle itu sudah boleh nampak betapa Uncle sangat menyintai Wife.
Kisah 3: I'm strong!
Selepas ayahanda keluar dari bilik operasi ayahanda ditempatkan di satu sisi wad itu. Ketika penulis sampai ke katil ayahanda sedang tidur. Sebelahnya seorang tua berbangsa cina. Dia senyum kepada penulis ketika penulis ke katil ayahanda. Beberapa jam selepas itu, kira-kira jam 1 pm, Si Tua itu melintasi dihadapan kerusi penulis. Pedihnya, kakinya sangat kerus kering (sebab Si Tua pakai seluar pendek, jadi nampak). Tanpa seorang waris Si Tua mengambil ubat dan berjalan keluar dari wad. Mungkin pembaca merasakan penulis seakan-akan over reacted tapi percayalah ketika saat itu hati penulis rasa ditusuk dengan pisau. Sakit melihat Si Tua keluar sendirian. Sudah makankah dia. Sekali lagi penulis tak 'make effort' untuk tanya.
Kisah 4: Trust Me!
Bermula saat ayahanda disuruh menukar kepada pakaian sarung hospital penulis nampak riak wajah ayahanda berubah sedikit. Namun sifat ayahanda yang terkenal dengan sikap 'acting cool' tu memaksa wajahnya yang berdebar sedikit dikaburi. Melihat tangan ayahanda yang penuh dengan tuib membuatkan jiwa penulis sebagai anak tersentuh. Mahu menangis didepan serba salah. Jadi penulis kembali menunggu di kerusi khas waris pesakit. Walau dari jauh aura berdebar ayahanda sampai ke deria jiwa penulis. Saat melihat ayahanda ditolak ke bilik operasi penulis jadi tak tenteram. Selepas 20 minit, penulis nampak katil ayahanda ditolak keluar menuju ke satu sisi wad dan diletakkan bersebelahan dengan Si Tua. Penulis berjalan perlahan-lahan menuju ke katil ayahanda. Tiba disisi katil penulis baru sedar bahawa ayahanda sedang tidur. Elok saja penulis nak melangkah pergi alangkah terkejutnya penulis ayahanda tidur sambil berdengkur. Alhamdulillah, tanda ayahanda tidur nyenyak dan dapat menghilangkan kerisauannya buat sementara. =)
Moral of the stories,
Penulis rasa pembaca dapat buat pengajaran sendiri. Tapi bagi penulis, love your parents right. Selaulah pulang ke kampung jika ada kesempatan walaupun sehari. Di dalam tempat yang penuh kesakitan, kedukaan cinta masih wujud. Believe it or not, the presence of love that I feel while being in the hospital last day is very strong. Strong enough to make me to write about it in my blog. Penulis berharap kisah yang penulis coretkan boleh jadi teladan kepada diri penulis sendiri dan juga pembaca.
Penulis penah coretkan kisah ayahanda penulis di sini. Ye, memang penulis anak ayahanda.
Akhir kalam,
Love right, Don't wait until it's gone.
_penulis khayalan_
Comments
welcome back.. xlalu nk baca blog bersawang.. jnuh nk buang sarang labah2...
uhuu, aq pun xdan nk update mende... tenet xdk...
tgu knuri t la.. wakakaka