Posts

Showing posts with the label Sajak

Monolog 2: Aku Berdoa...

Aku berdoa.. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk bercakap ketika aku gembira. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan ketika sedih. Aku berdoa agar... aku merupakan sumber kekuatan bagi seseorang, ketika dia berada di tahap paling bawah aku menjadi tiang untuk dirinya berpaut. Aku berdoa agar... ketika ini, di saat ini ada seseorang sedang merinduiku, mungkin juga sedang mendoakan agar dirinya dan diriku untuk dipertemukan. Aku berdoa agar... penantianku tidak lama. Aku tahu, perkahwinan bukan jalan pintas kepada kesunyian. Barangkali selepas berkahwin masih juga sunyi, namun aku tak perlu makan seorang diri lagi. Aku lelah apabila pulang ke rumah selepas kerja, salamku tidak terjawab. Aku terlupa aku tidak punya sesiapa untuk menjawab salam itu. Aku akan terus berdoa... kerana Allah mendengar rintihan hambaNya yang meminta-minta padanya. 

Sehelai tudung labuh

Masih segar bugar dalam ingatan aku, ketika surat tawaran ke SMKA dulu sampai ke rumah. Ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mendaftar bagi tingkatan 1 di sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Barang hampir separuh telah aku siapkan. Tambahan along juga pelajar tingkatan 4 disitu. Overall, sekolah itu aku rating 4/5. Namun disaat akhir emak meminta aku memikirkan semula keputusanku. Dari riak wajah emah jelas emak mahu aku ke sekolah agama. Dengan sikap aku yang lebih suka menyerahkan keputusan bulat-bulat kepada kedua ibu-bapaku akhirnya aku melangkah kaki buat pertama kalinya ke situ. Disini segalanya bermula, Aku memahami bahawa kepala perlu ditutup. Titik. Tapi didalam surat tawaran disertakan dengan senarai keperluan barang pelajar. Panjang, dan aku tidak mungkin ingat semuanya antaranya: baju kurung kasut kulit  stokin etc etc Masa perhimpunan pagi yang pertama semua pakai tudung besar2, labuh2. Aku? Biasa je, tudung yang aku prepared nak guna pegi Bai...

Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri

Image
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.  Kira-kira 6 bulan yang lalu...... Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.  Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling ham...

Aku Sudah Tiada!

Image
Aku sudah tiada Saat kaki melangkah,  Gagah ditarik ke arah cahaya, Kau tahu ketika itu, Aku sudah tiada. Saat hitam bergelak-tawa, Hadir Sang Mulus menghulur jiwa, Janji duri peneman kata, Aku sudah tiada. Saat tangis silih berganti, Kosong menjadi tanda tanya, Debar kalam berselimut gula, Aku sudah tiada. Duhai sahabat, Jangan kau berdiri dihadapanku, Langkah ini tidak akan lagi terhenti, Arus ombak menjamu aib, Namun tidak diri ini sesali, Ketiadaanku itu pasti, Kerna aku hilang dari hijabmu, Dijelma roh, Aku sudah tiada. Jawapan melintasi perjalanan, Tangan menghulur tanda kemenangan, Walau dirimu dihujung penantian, Aku tetap sudah tiada, Kerna aku...... yang dahulu dipimpin ikatanmu SUDAH TIADA. Kaki yang akan terus melangkah nota kaki: Penulis cuba menggambarkan sesuatu di dalam sajak ini, can anyone figure it out? ~penulis khayalan~