Posts

Showing posts with the label hidayah

Sehelai tudung labuh

Masih segar bugar dalam ingatan aku, ketika surat tawaran ke SMKA dulu sampai ke rumah. Ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mendaftar bagi tingkatan 1 di sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Barang hampir separuh telah aku siapkan. Tambahan along juga pelajar tingkatan 4 disitu. Overall, sekolah itu aku rating 4/5. Namun disaat akhir emak meminta aku memikirkan semula keputusanku. Dari riak wajah emah jelas emak mahu aku ke sekolah agama. Dengan sikap aku yang lebih suka menyerahkan keputusan bulat-bulat kepada kedua ibu-bapaku akhirnya aku melangkah kaki buat pertama kalinya ke situ. Disini segalanya bermula, Aku memahami bahawa kepala perlu ditutup. Titik. Tapi didalam surat tawaran disertakan dengan senarai keperluan barang pelajar. Panjang, dan aku tidak mungkin ingat semuanya antaranya: baju kurung kasut kulit  stokin etc etc Masa perhimpunan pagi yang pertama semua pakai tudung besar2, labuh2. Aku? Biasa je, tudung yang aku prepared nak guna pegi Bai...

Aku Sudah Tiada!

Image
Aku sudah tiada Saat kaki melangkah,  Gagah ditarik ke arah cahaya, Kau tahu ketika itu, Aku sudah tiada. Saat hitam bergelak-tawa, Hadir Sang Mulus menghulur jiwa, Janji duri peneman kata, Aku sudah tiada. Saat tangis silih berganti, Kosong menjadi tanda tanya, Debar kalam berselimut gula, Aku sudah tiada. Duhai sahabat, Jangan kau berdiri dihadapanku, Langkah ini tidak akan lagi terhenti, Arus ombak menjamu aib, Namun tidak diri ini sesali, Ketiadaanku itu pasti, Kerna aku hilang dari hijabmu, Dijelma roh, Aku sudah tiada. Jawapan melintasi perjalanan, Tangan menghulur tanda kemenangan, Walau dirimu dihujung penantian, Aku tetap sudah tiada, Kerna aku...... yang dahulu dipimpin ikatanmu SUDAH TIADA. Kaki yang akan terus melangkah nota kaki: Penulis cuba menggambarkan sesuatu di dalam sajak ini, can anyone figure it out? ~penulis khayalan~ 

kalau betul menyesal.

Image
"letih", kata kawan aku. "kenapa pulak ni?" aku tanya kawan aku balik. "Aku letih dgn dosa yg aku buat dan aku menyesal" jawab kawan aku dan terus berlalu keluar dari bilik. .............................. .................... ........... Kadang-kadang hati kita nekad untuk berubah. Sebab itu memang fitrah manusia nak kebaikan untuk diri dia. Berbalik pada kawan aku, gembira aku dengar tapi syg selang beberapa bulan dia buat balik dosa yg dia kata dah letih buat tu. Aku sebagai kawan pun turut simpati. Serius, aku tgk dia bersungguh nak tinggalkan dosa tapi apakan daya nafsu nya mengatasi segalanya.    Pernah sekali dia dtg pada aku menangisi dosa-dosa nya yg lalu. Aku nasihatkan dia supaya banyakkan igt kepada Allah. Dia angguk tanda faham tanpa kata apa pun. Aku cuma harap kali ini dia mampu istiqamah dgn matlamatnya. Dan aku tidak akan sesekali tinggalkan dia berjuang sendirian.    "Telah lama Aku perhatikan segala Ombak nafsu Menghancu...