Posts

Showing posts from October, 2016

Monolog 1: Seperti Apakah Diriku Ini?

Satu hari aku terlihat seorang lelaki india bertongkat di Pekan bagan Serai. Melihat dari gayanya berjalan lelaki itu sepertinya tempang sebelah kakinya. Aku anggarkan usianya dalam lewat 30-an. Ketika itu aku sedang berjalan keluar dari KFC. Aku melihat lelaki itu ingin melintas jalan. Aku mula teragak-agak. Aku ingin membantu lelaki itu melintas jalan tapi entah mengapa aku berlalu terus masuk ke dalam kereta. Aku melihat dari dalam kereta. Lelaki itu masih berdiri di tepi jalan. Kereta masih tak putus-putus menyebabkan lelaki itu tidak mampu untuk melintas. Selepas beberapa minit akhirnya lelaki itu melintas ke seberang tanpa dibantu sesiapa. Kejadia ini berlalu beberapa bulan yang lalu, tetapi ianya terlalu segar dalam ingatan. Aku seolah-olah diburu rasa serba salah. I felt guilty. Kenapa aku tak mampu untuk membantu lelaki itu? Kenapa aku memilih untuk melihat dari dalam kereta? Apa sebenarnya yang menghalang aku dari membantu lelaki itu?  Pernah sekali aku ke pasar mala