Posts

Showing posts with the label aku

Monolog 2: Aku Berdoa...

Aku berdoa.. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk bercakap ketika aku gembira. Aku berdoa agar... aku mempunyai seseorang untuk meluahkan perasaan ketika sedih. Aku berdoa agar... aku merupakan sumber kekuatan bagi seseorang, ketika dia berada di tahap paling bawah aku menjadi tiang untuk dirinya berpaut. Aku berdoa agar... ketika ini, di saat ini ada seseorang sedang merinduiku, mungkin juga sedang mendoakan agar dirinya dan diriku untuk dipertemukan. Aku berdoa agar... penantianku tidak lama. Aku tahu, perkahwinan bukan jalan pintas kepada kesunyian. Barangkali selepas berkahwin masih juga sunyi, namun aku tak perlu makan seorang diri lagi. Aku lelah apabila pulang ke rumah selepas kerja, salamku tidak terjawab. Aku terlupa aku tidak punya sesiapa untuk menjawab salam itu. Aku akan terus berdoa... kerana Allah mendengar rintihan hambaNya yang meminta-minta padanya. 

The Brightest Time in My Life 1: Teenagers

              As far as I remembered I live my life to the fullest when I was teen.   Note: Ignore the grammar or whatever it is. It is not that I fluent in English but I am more comfort to write in English.  I always make sure that my single day would not turn into some sort of boring life. I was surrounded by friends since I was staying in a dormitory during my high school. It is not like I am  troublemaker, it is just that I kept on challenging my limits. I know.. some of my friends and teachers during my high school said that I was quite a troublemaker, but I honestly just like normal teenager with some rebellious behaviors. I never go beyond a border tho. I always ensure what I've done was not against my faith. I really meant it. Once, I was crazy enough to tease my exam invigilators  when I took my PMR. It was so silly of me and my friend. But at that time I just want to have some fun. It was all begin when I asked ...

Monolog 1: Seperti Apakah Diriku Ini?

Satu hari aku terlihat seorang lelaki india bertongkat di Pekan bagan Serai. Melihat dari gayanya berjalan lelaki itu sepertinya tempang sebelah kakinya. Aku anggarkan usianya dalam lewat 30-an. Ketika itu aku sedang berjalan keluar dari KFC. Aku melihat lelaki itu ingin melintas jalan. Aku mula teragak-agak. Aku ingin membantu lelaki itu melintas jalan tapi entah mengapa aku berlalu terus masuk ke dalam kereta. Aku melihat dari dalam kereta. Lelaki itu masih berdiri di tepi jalan. Kereta masih tak putus-putus menyebabkan lelaki itu tidak mampu untuk melintas. Selepas beberapa minit akhirnya lelaki itu melintas ke seberang tanpa dibantu sesiapa. Kejadia ini berlalu beberapa bulan yang lalu, tetapi ianya terlalu segar dalam ingatan. Aku seolah-olah diburu rasa serba salah. I felt guilty. Kenapa aku tak mampu untuk membantu lelaki itu? Kenapa aku memilih untuk melihat dari dalam kereta? Apa sebenarnya yang menghalang aku dari membantu lelaki itu?  Pernah sekali aku ke pasar ...

Meniru Norma Kehidupan Mahasiswa Kini.

Image
Ok penulis minggu ni tak la banyak sangat masa nak hupdate blog ni, terlalu banyak kerja, tapi demi meraikan anak usrah (baca: adik usrah ) nak dekat 'study week' penulis nak bawa la satu isu yang memang kalau namanya 'student' confirmed terma ni kita biasa dengar.  M..E..N..I..R..U..( mood: mengeja ) Betul tu, meniru. Biasa dengar kan? Kenapa biasa dengar? Tanya diri kita kenapa perkataan tu biasa kita dengar. Penulis tak nak lah jadi prejudis sangat pasal perkataan tu, tapi manusia biasa macam penulis ni bila dengar perkataan tu, 'our first judgement' kata omputeh ialah meniru ini benda tak elok.   Setuju ke tidak? sebabkan semua masih meneruskan bacaan jadinya penulis menganggap semua setuju dengan kenyataan di atas Kita selalu kata barangan dari China tak elok sebab barang mereka suka tiru barang original, walaupun sekarang China sudah mampu mengeluarkan smartphone dengan prestasi yang tip top dengan harga yang murah ( ...

Sehelai tudung labuh

Masih segar bugar dalam ingatan aku, ketika surat tawaran ke SMKA dulu sampai ke rumah. Ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mendaftar bagi tingkatan 1 di sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Barang hampir separuh telah aku siapkan. Tambahan along juga pelajar tingkatan 4 disitu. Overall, sekolah itu aku rating 4/5. Namun disaat akhir emak meminta aku memikirkan semula keputusanku. Dari riak wajah emah jelas emak mahu aku ke sekolah agama. Dengan sikap aku yang lebih suka menyerahkan keputusan bulat-bulat kepada kedua ibu-bapaku akhirnya aku melangkah kaki buat pertama kalinya ke situ. Disini segalanya bermula, Aku memahami bahawa kepala perlu ditutup. Titik. Tapi didalam surat tawaran disertakan dengan senarai keperluan barang pelajar. Panjang, dan aku tidak mungkin ingat semuanya antaranya: baju kurung kasut kulit  stokin etc etc Masa perhimpunan pagi yang pertama semua pakai tudung besar2, labuh2. Aku? Biasa je, tudung yang aku prepared nak guna pegi Bai...

Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri

Image
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.  Kira-kira 6 bulan yang lalu...... Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.  Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling ham...

1)Ramadan kali ini.....

kira-kira jam 8.15 malam aku bergegas menggapai kunci basikal. Botol air,siap! Aku perlu cepat. Bersama kak R kami bersungguh-sungguh mengayuh basikal. Aku yang dihadapan sudah tidak mempedulikan kak R yang berada dibelakang ku. Sasaran aku hanya satu. Sampai ke tempat yang dituju lebih awal dari yang sepatutnya. Sekali-sekali aku menjenguk juga ke belakang, dan aku nampak kak R sudah tercungap-cungap mengejar aku. Serba salah aku dibuatnya tapi kakiku tetap juga meneruskan kayuhanku. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jam ditangan aku menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku menghela nafasku. Sampai juga aku ke tempat yang dituju. Seperti yang dijangka ramai orang sudah berada disitu. Juga mempunyai niat yang sama denganku. Aku memilih untuk duduk dipenjuru dinding. Muka orang ramai kelihatan sungguh ceria. Anak-anak berlari-lari keseronokan. Aku lihat dipenjuru hadapan kawanku sedang sibuk membaca Al-Quran. Ya,...