1)Ramadan kali ini.....
kira-kira jam 8.15 malam aku bergegas menggapai kunci basikal.
Botol air,siap!
Aku perlu cepat. Bersama kak R kami bersungguh-sungguh mengayuh basikal. Aku yang dihadapan sudah tidak mempedulikan kak R yang berada dibelakang ku. Sasaran aku hanya satu. Sampai ke tempat yang dituju lebih awal dari yang sepatutnya. Sekali-sekali aku menjenguk juga ke belakang, dan aku nampak kak R sudah tercungap-cungap mengejar aku. Serba salah aku dibuatnya tapi kakiku tetap juga meneruskan kayuhanku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jam ditangan aku menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku menghela nafasku. Sampai juga aku ke tempat yang dituju. Seperti yang dijangka ramai orang sudah berada disitu. Juga mempunyai niat yang sama denganku. Aku memilih untuk duduk dipenjuru dinding. Muka orang ramai kelihatan sungguh ceria. Anak-anak berlari-lari keseronokan. Aku lihat dipenjuru hadapan kawanku sedang sibuk membaca Al-Quran. Ya, semua sedang siap-siap menunggu masuknya isyak dalam kira-kira jam 8.40 malam. Oh, aku pula hanyut dalam kelekaan meneliti gelagat manusia. Beg yang aku galas sejak dari tadi aku letak dihadapanku. Zip beg dibuka, aku mencari-cari Al-Quran. Nah,tiada! Aku terlalu tergesa-gesa tadi. Aku merengus. Padahnya sikap tergesa-gesa. Amalan syaitan. Tak lama selepas itu kedengaran "Allahuakbar2x.."
Sudah masuk waktu solat isyak..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai solat isyak, orang ramai berselerakan daripada saff. Anak-anak kecil masih berlari-lari. Entah apa yang seronk sangat. Ada juga yang ambil kesempatan mengambil wudu' kembali. Akhirnya saat yang ditunggu tiba. Imam mula mengambil posisi untuk memulakan solat tarawikh. Ya, malam ini malam pertama bagi solat tarawikh. Itu petanda esok bermulanya Ramadan. Aku mula mencari kedudukan yang paling strategik untuk aku tunaikan solat tarawikh dengan penuh keselesaan. Akhirnya aku pilih untuk berada paling hujung berhampiran dengan kipas angin. Fuhh, lega rasanya. Disebelah kanan aku seorng ibu. Dia agak lewat masuk saff tadi. Tergesa-gesa dia sambil menarik tangan anaknya supaya duduk dihadapannya semasa dia ingin menunaikan solat. Seusai habis 2 rakaat pertama aku lihat si ibu tadi mencari-cari kemana anaknya menghilang. Aku tahu si ibu tadi juga solat dalam penuh kerisauan. Anak terpaksa dibiarkan. Ramai juga pernah memberitahu aku sebelum ini, selepas mempunyai anak kita sukar untuk ke masjid untuk solat tarawikh contohnya. Mungkin kata-kata itu ada benarnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai solat tarawikh aku saling bersalaman dengan hadirin disitu. Gembira hati melihat kehadiran orang ramai. Aku mengharapkan ramadan kali ini dapat dipenuhi dangan penuh barakah. Insyallah aku akan kesini lagi esok.
-penulis khayalan-

Comments