Posts

Showing posts from 2012

"Tarbiyah Harakiyah" : Antara Mitos dengan Realiti

Catatan Peribadi Seorang Murabbi...: "Tarbiyah Harakiyah" : Antara Mitos dengan Realiti Massa "Ustaz tu biar dia betulkan diri dia dahulu sebelum dia TARBIYYAH orang lain!," tegas seorang artis popular terhadap seorang personaliti tv yang menukarkan 360 darjah hidupnya kepada perjuangan Islam. "Aku mendapat TARBIYYAH oleh seorang ustaz yang berusrah dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir," kata seorang teman daripada sebuah NGO Islam. "Kita mestilah menjaga TARBIYYAH diri kita selalu agar ada kekuatan dalam perjuangan ini," kata seorang pimpinan mahasiswa Islam. "Usrah adalah tunjang TARBIYYAH!," tegas seorang naqibku di alam kampus dahulu. Fikirku dahulu : "TARBIYYAH adalah suatu BENDA YANG SUCI!," Pengertian Tarbiyyah (التربية) berasal daripada Bahasa Arab bererti 'pendidikan'. Menurut etimologi pula, asal kata 'tarbiyyah' ini mampu diterbitkan kepada 3 kata kerja yang berbeza iaitu : Rabaa-y

Kisah Sahabat 3: Indah Khabar dari Rupa (Peribahasa Berat Sebelah)?

warning: entry kali ini kemungkinan panjang berjela-jela. Ambil masa beberapa hari untuk 'draft'. Jika anda salah seorang penyakit kurang sabar minta sediakan secawan teh O bagi meningkatkan tahap kesabaran. Assalamualaikum wbt buat seluruh muslimin serta muslimat yang masih bernafas di atas muka bumi ini. Rasa kesyukuran penulis panjatkan kepada Sang Pencipta yang memberikan penulis nikmat untuk menaip-naip papan kekunci serta ilham yang diberi. Rasa kecintaan kepada Kekasih Pujaan Rasullullah Muhammad Bin Abdullah kerana tanpa beliau maka gelaplah hidup penulis.  Atas alasan apa untuk penulis titipkan kisah sahabat penulis ini adalah untuk dikongsikan kepada semua pembaca dengan izin Nya betapa penulis mengkagumi semangat perjuangan beliau. Dari mana penulis ingin mulakan kisah sahabat ini tidaklah sukar. Penulis mulakan dengan bila pertama kali penulis kenal sahabat penulis ini.  Pertama kali penulis melihat beliau memang tak dapat penulis ingat secara tepat te

Bila semua serba tak kena.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih bernafas dan jari jemari ini masih kuat untuk menaip keyboard laptop. Penulis seminggu ini khususnya tidak keruan. Segala macam benda dilakukan dirasakan sungguh janggal dan dangkal. Hati ini rasa kekok dengan persekitaran. Malas kian menjelma. Penulis sangatlah bimbang kerana di dalam buku Bencana Akhir Zaman tulisan siapa tak berapa nak ingat malas juga salah satu gejala futur.( Awas dengan gejala futur) Baik, terus dengan apa yang ingin disampaikan penulis kali ini lebih kepada apa yang berlaku disekeliling penulis. Sejak akhir2 ni isu cinta kembali menagih telinga penulis. Ada sahabat sefikrah minta pandangan dan ada juga sahabat biasa pun minta pendapat. Mungkin juga sikap simple penulis dan kadang kala optimis menyebabkan sahabiah ingin meminta pendapat. Tapi hakikatnya penulis pun tak berapa reti bab cinta. Sebab dia melibatkan hati. Hati ni kat mana dia duduk? Tepat sekali! Dalam badan. Jadi dia organ badan yang tak boleh dilihat. S

Sehelai tudung labuh

Masih segar bugar dalam ingatan aku, ketika surat tawaran ke SMKA dulu sampai ke rumah. Ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mendaftar bagi tingkatan 1 di sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Barang hampir separuh telah aku siapkan. Tambahan along juga pelajar tingkatan 4 disitu. Overall, sekolah itu aku rating 4/5. Namun disaat akhir emak meminta aku memikirkan semula keputusanku. Dari riak wajah emah jelas emak mahu aku ke sekolah agama. Dengan sikap aku yang lebih suka menyerahkan keputusan bulat-bulat kepada kedua ibu-bapaku akhirnya aku melangkah kaki buat pertama kalinya ke situ. Disini segalanya bermula, Aku memahami bahawa kepala perlu ditutup. Titik. Tapi didalam surat tawaran disertakan dengan senarai keperluan barang pelajar. Panjang, dan aku tidak mungkin ingat semuanya antaranya: baju kurung kasut kulit  stokin etc etc Masa perhimpunan pagi yang pertama semua pakai tudung besar2, labuh2. Aku? Biasa je, tudung yang aku prepared nak guna pegi Bainun

Hapuskan PTPTN

Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya. Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara s

Cakap mudah dari nak buat!

Image
Kredit: http://komikdakwah.blogspot.com/ Memang semua boleh berkata-kata semasa orang lain ditimpa dugaan tapi bila kena dekat batang hidung sendiri lalu keluarlah kata-kata seperti "Tak larat den nak menanggungnya," , "Oh my gosh." , dan macam-macam lagi kata. Oleh itu jadilah kita seperti orang yang beriman yang menerima ketentuan dengan penuh bersangka baik dengan Allah. Kerana seperti diulang banyak kali sehingga kita pun dah boleh hafal Allah tak kan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang diluar kemampuannya (Rujuk Surah Al-Baqarah: 286). Seperti biasa kemungkinan besar yang membaca akan berkata dalam hati, "Oh,no,no,no, jawapan textbook! Grrrr." Jadi bagi aku kalau tak mahu jawapan textbook cuba cari satu kaedah untuk memenangkan kalian dari masalah. Ada macam-macam cara terpulang kepada individu.  Antara kaedah untuk menenangkan jiwa selain dari membaca Al-Quran Al MAjid sebab kata Allah yang dirakam dalam Kitab Allah Quran (Rujuk Surah A

Selamat Hari Lahir, Ayah!

Image
Adik-beradikku semua memanggil aku dengan gelaran "anak ayah". Dan aku bangga dengannya.  Kasih ayah   Kali ini ingin aku kongsikan mengapa ayahku sangat istimewa dihatiku.  Aku kurang rapat dengan ibuku yang aku panggil Mama. Mama sangat tegas denganku sejak aku kecil lagi. Manakala ayah hanya sekali-sekala sahaja tegas terutama bila aku pulang lewat dari bermain galah panjang dengan kawan-kawan. Ayah sering memanggil aku dengan panggilan seperti "Anak ayah hari ini sihat?", "Anak ayah dah makan?" Mungkin disebabkan itu aku paling rapat dengan ayah berbanding dengan adik-beradikku yang lain. Ayah selalu buat macam ni masa aku kecik2 dulu    Antara lain yang aku dapat kongsikan ialah aku belajar memasak dari ayahku. Sewaktu aku Darjah 6 Mama ditugaskan untuk berkursus selama 3 bulan di Ipoh. Oleh itu Mama tidak terpaksa menetap di Ipoh dan pulang ke rumah pada hujung minggu. Pada awalnya kehidupan keluarga sangat sukar tanpa Mama. Yang ada di ruma

Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri

Image
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.  Kira-kira 6 bulan yang lalu...... Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.  Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling hampir denga

Datuk Seri Anwar, Palestine dan Israel | Blog Tok Guru

Datuk Seri Anwar, Palestine dan Israel | Blog Tok Guru

Aku Sudah Tiada!

Image
Aku sudah tiada Saat kaki melangkah,  Gagah ditarik ke arah cahaya, Kau tahu ketika itu, Aku sudah tiada. Saat hitam bergelak-tawa, Hadir Sang Mulus menghulur jiwa, Janji duri peneman kata, Aku sudah tiada. Saat tangis silih berganti, Kosong menjadi tanda tanya, Debar kalam berselimut gula, Aku sudah tiada. Duhai sahabat, Jangan kau berdiri dihadapanku, Langkah ini tidak akan lagi terhenti, Arus ombak menjamu aib, Namun tidak diri ini sesali, Ketiadaanku itu pasti, Kerna aku hilang dari hijabmu, Dijelma roh, Aku sudah tiada. Jawapan melintasi perjalanan, Tangan menghulur tanda kemenangan, Walau dirimu dihujung penantian, Aku tetap sudah tiada, Kerna aku...... yang dahulu dipimpin ikatanmu SUDAH TIADA. Kaki yang akan terus melangkah nota kaki: Penulis cuba menggambarkan sesuatu di dalam sajak ini, can anyone figure it out? ~penulis khayalan~ 

Malulah kita pada Sang Pencipta....

Image
Kaki bergerak keluar dari surau dengan satu perasaan yang sukar diertikan. Slot muhasabah baru saja tamat, semua bergegas pulang ke bilik masing2 untuk meneruskan baki study yang terbengkalai. Ada kalangan sahabiah yg terus membentangkan tilam untuk tidur di surau. Aku di luar menanti sahabat yg sedang berbincang dgn ukhti N. Entah, butiran perbualan mereka aku tak mahu ambil tahu. Kepala aku ligat memikirkan intipati slot muhasabah sebentar tadi. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sepanjang sesi muhasabah mata aku hanya sekali sekala menitiskan air mata. Tidak seperti sahabiah lain. Kedengaran sedu-sedan tangisan mereka memecah kesunyian slot tadi. Aku masih di tempat aku, cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ukhti W dengan harapan aku juga dapat menghayati. 18 minit berlalu..... Ukhti W memulakan agenda sebenarnya. Masalah petugas dakwah. Kepalaku tertunduk namun telinga aku buka luas-luas. Dalam ba