Cakap mudah dari nak buat!
![]() |
Kredit: http://komikdakwah.blogspot.com/ Memang semua boleh berkata-kata semasa orang lain ditimpa dugaan tapi bila kena dekat batang hidung sendiri lalu keluarlah kata-kata seperti "Tak larat den nak menanggungnya,","Oh my gosh.", dan macam-macam lagi kata. Oleh itu jadilah kita seperti orang yang beriman yang menerima ketentuan dengan penuh bersangka baik dengan Allah. Kerana seperti diulang banyak kali sehingga kita pun dah boleh hafal Allah tak kan membebani seseorang itu dengan sesuatu yang diluar kemampuannya (Rujuk Surah Al-Baqarah: 286). Seperti biasa kemungkinan besar yang membaca akan berkata dalam hati, "Oh,no,no,no, jawapan textbook! Grrrr." Jadi bagi aku kalau tak mahu jawapan textbook cuba cari satu kaedah untuk memenangkan kalian dari masalah. Ada macam-macam cara terpulang kepada individu. Antara kaedah untuk menenangkan jiwa selain dari membaca Al-Quran Al MAjid sebab kata Allah yang dirakam dalam Kitab Allah Quran (Rujuk Surah Al-Ra'd:28) namun kita masih boleh menggunakan sebarang teknik yang lain asalkan ianya tidak lari dari garisan syariat Islam. Mesti parallel gitu. Yang ni kita kena jelas sebab sekarang ni remaja selamba je kalau tension sikit ambil Nak senang sikit aku akan bagi gambaran seorang sahabat aku (hampir setiap entri aku mesti aku selit nama dia, Grrr!!) kalau sahabat aku ni ada masalah sikit dia akan tunggang motor tambah sikit perisa, motor itu dia akan bawa dengan sangat laju. Kebiasaannya yang aku perhati kalau dia nak bawa laju dia akan cari jalan yang lurus dan tak ramai orang. Jadi kaedah ni masih boleh diterima sebab insyaallah tidak mendatangkan bahaya (Oh Mak Limah!) Banyak lagi style sahabiah lain yang aku pernah dengar dan jumpa. Ada dalam kalangan sahabiah kalau dia tengah stress atau tension dia akan kemas bilik dalam erti kata termasuk tempat roomate dia sekali (alangkah beruntung roomate itu) . Selain itu ada yang bila tertekan dia akan memasak. Semua yang aku tulis ni positive. Yang negative pun ada tapi tak perlulah tulis sebab tak membawa apa-apa erti pun. Ohh kalau aku pula macam mana????Kalian agak-agak macam mana? Aku kalau stress atau tertekan aku akan baring. Ya, Baring! Ulang suara BARING! Eh bukan tidur tapi 'lay down'. Serius aku akan tenang kalau baring dan pandang ke atas. Mmm memang la kalau baring lama-lama nanti lastly akan tidur tapi feeling baring tu adalah nikmat yang susah nak ditafsirkan. Di kampus aku belajar ada satu tempat yang bila aku stress aku akan pergi sana dan baring. Tempat tu aku namakan sebagai Pusat Islam. Aku kebiasaannya akan baring dan memandang kubah Pusat Islam tu. Subhanallah. Sumpah cantik! Aku selalu kira berapa paku yang digunakan untuk bina kubah tu. Banyak hokey.... Nanti kalau aku berkesempatan aku akan share gambar kubah tu dari dalam. Bukan dari luar ye. Dari dalam dia lain sikit. Okeylah rasanya kalian dapat tangkap point aku kan? Kalau rasa terbeban dengan masalah ini steps yang kalian kena follow:
Percayalah semua orang akan ada 1 kunci teknik ketenangan masing2. Yang penting kalian kena tahu apa dia. Sebenarnya nak cari pun susah tapi one day eventually you can figured it out. Trust me. Cuba kalian dengar lagu ni. Built your trust in Allah okeyy... |
Comments