Monolog 1: Seperti Apakah Diriku Ini?

Satu hari aku terlihat seorang lelaki india bertongkat di Pekan bagan Serai. Melihat dari gayanya berjalan lelaki itu sepertinya tempang sebelah kakinya. Aku anggarkan usianya dalam lewat 30-an. Ketika itu aku sedang berjalan keluar dari KFC. Aku melihat lelaki itu ingin melintas jalan. Aku mula teragak-agak. Aku ingin membantu lelaki itu melintas jalan tapi entah mengapa aku berlalu terus masuk ke dalam kereta. Aku melihat dari dalam kereta. Lelaki itu masih berdiri di tepi jalan. Kereta masih tak putus-putus menyebabkan lelaki itu tidak mampu untuk melintas. Selepas beberapa minit akhirnya lelaki itu melintas ke seberang tanpa dibantu sesiapa.

Kejadia ini berlalu beberapa bulan yang lalu, tetapi ianya terlalu segar dalam ingatan. Aku seolah-olah diburu rasa serba salah. I felt guilty. Kenapa aku tak mampu untuk membantu lelaki itu? Kenapa aku memilih untuk melihat dari dalam kereta? Apa sebenarnya yang menghalang aku dari membantu lelaki itu? 

Pernah sekali aku ke pasar malam bersama kawanku. ketika itu aku masih menyambung pengajian diperingkat sarjana. Sampai di pasar malam aku terlihat seekor anak kucing yang sangat kecil. Nampak anak kucing itu kesejukkan. Selesai membeli makanan, dalam perjalanan menuju kereta aku melihat anak kucing itu masih di situ. Aku mula berkira-kira dalam fikiran. Aku sangat bersimpati dengan kucing itu tapi aku tinggal bersam dengan rakan sebilik yang tidaklah terlalu akrab. Tapi entah mengapa aku tetap mengambil keputusan untuk membawa balik anak kucing itu. 2 hari pertama kesabaran aku mula teruji. Anak kucing itu beraknya merata-rata. Rakan sebilik aku mula menunjukkan dia tidak suka anak kucing itu berada di dalam bilik. Aku mula melepaskan kucing itu di luar bilik. Aku pernah cuba membawa kucing itu ke veterinar berdekatan. Namun disebabkkan ianya masih muda suntikan tidak dapat dilakukan. 

Sepanjang anak kucing itu diluar aku mendengar banyak kemarahan dari jiran-jiran bahawa najis anak kucing itu merata. Aku merasa sangat gelisah, Aku tak tahu apa yang terbaik yang perlu aku lakukan. Akhirnya aku mengambil kembali anak kucing itu dan ingin memulangkan kembali ianya di tempat aku mengambilnya. Lebih teruk lagi, aku masih ingat malam itu hujan turun renyai-renyai, aku tak mampu nak meletakkan anak kucing itu kembali tetapi aku meminta kawan yang menemani aku ke pasar malam itu yang meletakkan kan ia kembali ke tempat asal.

Kadang-kala aku merasakan aku seolah-olah seorang yang sakit jiwanya. Aku rasa bersalah tidak membantu lelaki india itu. Dan aku juga rasa bersalah apabila membantu kucing itu. Aku tak mampu nak memahami diri sendiri, mana mungkin orang lain mampu memahami diri ini.

_penulis khayalan_

Comments

Popular posts from this blog

kisah sahabat 1

new world and yet new starting point!

Kembali Menulis