Posts

Showing posts from January, 2014

Prejudis dan Hukum Menghukum

Image
Penulis sebenarnya sejak dua menjak ni malas sikit nak menulis. Bukan takat blog tapi report tak siap lagi, Facebook pun dah bersawang takat larat nak 'like' dengan 'share' saja la. Tapi kali ni panulis nak bawak satu isu, panas, menyengat dan membara.  Prejudis.. Tak biasa dengar? Ok, bahasa omputih : Prejudice (Definition: Here  ) Lagi satu Hukum menghukum. Tak kan yang ni tak biasa dengar kot? U blame me, I blame you. 1.Masyarakat di ambang bahaya Masyarakat dalam bahaya Baiklah, begini kisahnya. Alkisah bermula bila Penulis terbaca satu pengakuan (baca: confession) dekat Facebook berkaitan seorang manusia ini meluahkan perasaan geramnya kepada segolongan manusia di kampusnya yang berlagak (baca: bajet) alim. Dia menggelarkan orang-orang yang bajet ni suka pandang serong kepada dia yang tidak tutup aurat sempurna atau golongan seperti dia yang berkapel gitu. Jadinya dia marah lantas konfes lagi bahawa dia begitu ada sebabnya.