Bila semua serba tak kena.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih bernafas dan jari jemari ini masih kuat untuk menaip keyboard laptop. Penulis seminggu ini khususnya tidak keruan. Segala macam benda dilakukan dirasakan sungguh janggal dan dangkal. Hati ini rasa kekok dengan persekitaran. Malas kian menjelma. Penulis sangatlah bimbang kerana di dalam buku Bencana Akhir Zaman tulisan siapa tak berapa nak ingat malas juga salah satu gejala futur.( Awas dengan gejala futur)

Baik, terus dengan apa yang ingin disampaikan penulis kali ini lebih kepada apa yang berlaku disekeliling penulis. Sejak akhir2 ni isu cinta kembali menagih telinga penulis.


Ada sahabat sefikrah minta pandangan dan ada juga sahabat biasa pun minta pendapat. Mungkin juga sikap simple penulis dan kadang kala optimis menyebabkan sahabiah ingin meminta pendapat. Tapi hakikatnya penulis pun tak berapa reti bab cinta. Sebab dia melibatkan hati. Hati ni kat mana dia duduk? Tepat sekali! Dalam badan. Jadi dia organ badan yang tak boleh dilihat. Sebab itu kita dianjur untuk berzikir kapada Allah selalu, hati pun kena bagi makan. Allah lebih mengetahui hati kita jadi dengan zikir kita harap agar Allah dapat bagi petunjuk kepada segala yang bersarang dalam hati kita.
Jadi kronologi yang penulis nak buat ( hati bermasalah, tak tenteram >>>>> Zikir>>>>>> Allah>>>> Petunjuk Allah>>>>>hati>>>>Ketenangan)


 "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2)

“ Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”..(Asy Syams ayat 9 dan 10)

Jadi berbalik kepada masalah cinta. Dan tidaklah penulis yang juga manusia biasa menafikan fitnah mencintai ini. Sesuai dengan Hadis Rasulullah  yang juga dimuatkan dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi:

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)



Summary Hadis ini antara cinta dengan Iman mmg ada hubungan. Hal ini kerana kalau cinta itu atas dasar iman makanya tidak timbul masalah cinta terlarang mahupun penyakit hati


Jadi dimana silapnya peranan cinta ni?
Nah ada seorang sahabat penulis pernah mengeluh betapa kosongnya hatinya tidak terisi dengan cinta dari Sang teruna. Penulis kan dah kata penulis mmg tak reti nak counter soalan2 macam ni. Jadi penulis diamkan saja.

Sebenarnya ada beberapa salah faham dan juga ucapan yang sewajarnya dielak oleh kita untuk bercakap macam itu. Dibimbangi kata2 menjadi doa sebab kita tak tahu bila masa Allah nak makbul segala percakapan kita.

Salah faham 1: Kalau kita tak bercinta sekarang nanti tak ada siapa nak dekat saya nanti
Pertamanya hilang rasa kebergantungan pada Allah yang Maha Mengatur segalanya. Dan ini hanyalah alasan kerana sudah terbukti ramai yang tidak bercinta juga akhirnya bernikah.

Salah faham 2: Nak kahwin cepat sebab nak elak berzina
Berkahwin kerana untuk mengelak diri berzina ini ada risikonya. Mengapa? Kerana orang yang menggunakan ayat ini dibimbangi awal2 lagi dia sudah mendekatkan diri dengan perkara zina. Dalam erti kata lain hidupnya dipenuhi dengan perkara maksiat, jadi mereka memilih perkahwinan sebagai langkah mengelak zina. Ya benar, lebih baik bernikah daripada berzina namun tujuan asal perkahwinan sudah lari dari tujuan yang sebenarnya iaitu mendekatkan diri. Jika sebelum nikah empunya diri tidak berusaha menangani maksiat maka tidak mustahil juga selepas nikah dia akan tetap melakukan maksiat. Maka bertepatanlah kata2 Allah:

"Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)

 "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( Surah An-Nur : 26 )



Kesimpulan:
Oleh itu muslimin muslimat sekalian, jangan sesekali kita menjerumus diri kita ke dalam "Cinta Terlarang". Jika ingin menikah jangan sesekali memasang niat ingin menikah kerana ingin mengelak zina. Binalah perkahwinan atas dasar iman. Ingatlah pembentukan keluarga sangat penting dalam usaha kita membina bi'ah solehah dalam kalangan masyarakat setempat. Masalah cinta boleh dielak dengan mendekatkan diri kepada Allah. Kurangkan mendengar atau membaca sebarang kebaikan cinta/couple trending. Mari kita bersama-sama memuhasabah diri ini kembali dimana nilai cinta kita dan kepada siapa ahkirnya cinta itu hendak kita tujukan. Waallahu'alam.

p/s: Bulan rejab dah datang. Aktiviti bulan rejab boleh selak selak dekat [sini]

~penulis khayalan~

Comments

Popular posts from this blog

Prejudis dan Hukum Menghukum

1)Ramadan kali ini.....

kisah sahabat 1