kisah sahabat 1

kenal lama dah tapi kita tak mampu nak tarik dia bersama2 dalam perjuangan kita.
Korg pernah rasa macam ni?
Aku pernah.Dan ini merupakan kisah sahabat aku;kisah benar.


-------------------------------------------------------------------------------------
 Dia yang aku kenal seorang budak yang pandai. Kira dia ni tempat rujukan hampir seluruh warga kelas aku. Serius aku ckp dia ni bijak. Dalam kelas duduk depan, dan suka bertanya dalam kelas(tanya benda pelik2 pun ya juga). Selama aku kenal dia, sgt keras kepala orgnya. She lives in her own world. Doesn't even care what people think about her. And people cannot mess around with her since a lot of homeworks have to be borrowed from her.

Pernah juga aku ajak dia join aku,turun surau solat jemmah sekali. Dia tak mahu
Aku ajak join macam2 benda lain. Pun dia tak mahu..
Adakala aku makan hati dengan dia. Dan pernah juga aku merajuk dgn dia.
Aku ceritakan pada sahabat aku yg lain tentang perkara ini dan aku dinasihatkan supaya bersabar dan teruskan memujuk dia..

Berlalu setahun setengah. Dia masih begitu....
Namun perancangan Allah itu lebih sempurna.....
Aku ditempatkan sebilik dengan dia semasa cuti semestar di universiti tempat aku belajar..
Kami bersama-sama bekerja...memandangkan semasa cuti tiada byk students menginap dan surau juga telah dikunci jadi aku hanya solat dibilik...
Dikesempatan ini aku mengambil peluang yang ada untuk mengajak dia solat berjemaah...
Awalnya dia juga liat...beberapa kali juga aku solat sendirian...

Genap 2 bulan aku disini...Lama kelamaan dia sudah terbiasa solat berjemaah dgn ku..
Solat magrib dan isyak kami pasti akan berjemaah jika tiada halangan.
Masa kian bergerak...........................

Kini dia pula menjadi imam kepada aku dan sahabat sebilik ku..
Apa lagi yg aku harapkan selain kesyukuran pd tuhan...
Aku cuma berharap andai dia tidak mahu aktif bersamaku cukuplah jika dia tetap bersamaku....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak kan?
menjadi da'ie bukanlah kerja mudah seperti yg ramai fikirkan melainkan mereka merasakan nya sendiri...
hampir setahun lebih aku berusaha baru membuahkan hasil..
kini tugas aku ialah memastikan hasil itu berterusan dan menghasilkan buah2 yg lain..



kadang2 kita tak bersabar mengharapkan pertolongan Allah.
sedangkan ketika itu Allah menguji kita.
mampukah kita berhadapan dgn cabaran sahabat kita sendiri tak mahu ikut kita utk berbuat maaruf.
Kisah sahabat aku ini cukup utk aku jdkan semangat utk membantu sahabat yg lain.....
Yang pasti usaha perlu berterusan.
Cukuplah Allah sebagai penolongku...

Wallahua'lam


-penulis khayalan-

Comments

pEAcEvSwaR said…
beta kenal siapa yang tuan hamba maksudkan...

chaiyok....
menjunjung perintah tuanku..phewwww

Popular posts from this blog

new world and yet new starting point!

Kembali Menulis