Sehelai tudung labuh


Masih segar bugar dalam ingatan aku, ketika surat tawaran ke SMKA dulu sampai ke rumah. Ketika itu aku sudah berkira-kira untuk mendaftar bagi tingkatan 1 di sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Barang hampir separuh telah aku siapkan. Tambahan along juga pelajar tingkatan 4 disitu. Overall, sekolah itu aku rating 4/5. Namun disaat akhir emak meminta aku memikirkan semula keputusanku. Dari riak wajah emah jelas emak mahu aku ke sekolah agama. Dengan sikap aku yang lebih suka menyerahkan keputusan bulat-bulat kepada kedua ibu-bapaku akhirnya aku melangkah kaki buat pertama kalinya ke situ.

Disini segalanya bermula,
Aku memahami bahawa kepala perlu ditutup. Titik. Tapi didalam surat tawaran disertakan dengan senarai keperluan barang pelajar. Panjang, dan aku tidak mungkin ingat semuanya antaranya:
  • baju kurung
  • kasut kulit 
  • stokin
  • etc
  • etc

Masa perhimpunan pagi yang pertama semua pakai tudung besar2, labuh2. Aku? Biasa je, tudung yang aku prepared nak guna pegi Bainun la. Masih menutupi dada tp kat SMKA tudung aku kira bukan labuh. 
"Lantaklah, janji aku pakai tudung." Gumam aku dalam hati. But wait lepas habis perhimpunan Ustazah Arba'yah tahan aku dan explain dekat aku yang tudung ni tak menepati kehendak sekolah. Freshie kot time tu, jadi aku cakap yang aku akan buat tudung labuh.

5 tahun hidup dalam tudung labuh. 5 tahun juga aku pakai cermin mata.
(tudung labuh + cermin mata = nerd) <------- Pemikiran cetek aku.
Why? 
Sebab aku tak tahu kenapa sekolah buat peraturan macam ni. Aku fikir sebab aku sekolah agama jadi aku kena pakai macam ni. Semuanya sebab peraturan. Sebab tu tak heran bila ramai budak sekolah agama yang lost bila dah keluar sekolah (Nauzubillah). Tapi aku seriously heran. Fullstop.

Habis aje SPM semua( geng2 aku = plural = ramai) dah pakat tak nak pakai tudung labuh. Wakaf dekat junior. Paling hebat pergi ambil result SPM semua menunjuk style baru "I'm no longer SMKA student,".
Aku pun dah tak pakai tudung labuh sebab geng2 semua dah tak nak pakai. Tapi aku bukan jenis fashionista. Aku pakai tudung bawal sambil pin 'butterfly' (tak tahu boleh google).

Fashion bawal la yang aku guna sampai la aku masuk universiti. Cuma kadang2 je aku pakai shawl (time tu pgl selendang) time raya. Tapi makin lama aku makin rindu dengan tudung labuh. Terutama bila aku tengok balik gambar2 lama sekolah.   I admitted I'm not a well behaved student masa dekat sekolah dulu tp aku suka pakai tudung labuh. Tak tahu kenapa. Mungkin rasa secured or whatever term you named it. 

Sekarang 2012, aku kembali kepada fitrah aku. Dah tak peduli kawan2 aku (bukan bermakna kawan2 aku jahat hokeyy) I willing to wear it again. Tapi perlu diingatkan bukan saiz tudung yang menjadi ukuran. Akhlak tu yang penting. Pada diri aku yang sungguh kerdil ini tudung ini aku jadikan sebagai penghalang aku dari membuat sebarang akhlak yang tidak elok contohnya minum berdiri dll. 

Sehelai tudung labuh,
Hadirnya dirimu melengkapi fitrah insani,
Mendamaikan jiwa ini.

Bisakah aku menjagamu?
Atau dirimu yang menjagaku?
Aku tidak malu dengan mu,
Berdampinglah denganku hingga ke hujung nafasku.

Ya Allah Yang Maha Mendengar,
Jadikanlah aku baik di mataMu,
Tunduk mentaatiMu disebalik hamparan kain ini.

Ya Allah Yang Maha Mengetahui,
hanya Kau yang kenal diri ini,
sedalamnya dan searifnya,
Andai Kau telah sudi mengembalikan ku ke pangkalan
maka peliharalah aku dengan akhlakku
agar aku tidak menjadi fitnah kepada mereka yang bertudung labuh.

Banyak lagi cerita menarik tentang mereka yang memilih untuk bertudung labuh. Jadikan mereka sebagai pedoman untuk kita menjadi lebih baik. niatkan kerana Allah. 
Boleh rujuk [sini] dan [sini]

Sekian
 ~Penulis Khayalan~

Comments

pEAcEvSwaR said…
alhamdulillah, syukur sangat nti bersama-sama.. istiqamah dalam mengamalkam akhlak Islami dan menerima teguran....(teguran untuk diri yang kerdil ini)
lahir rasa syukur pada Allah yang sudi melebarkan payung hidayahNya yg tidak ternilai kembali kpd diri hamba ini yg pernah hanyut hampir 3 tahun lamanya. Ana mmg dah lama tutup buku lama tp bila kenang sifat penyayang Ilahi mmg buat diri ini lagi malu nak sahut kasih sayang Ilahi.
Hidayah ini akan hamba jaga sebaiknya. Hamba tak mahu lemas buat kali ke 2. Cukuplah dgn 3 tahun itu.

Popular posts from this blog

kisah sahabat 1

new world and yet new starting point!

Kembali Menulis