Surat buat sahabat 2: Akan ku undur diri
Aku tidak pernah pinta ini terjadi kepadaku. Sungguh! Sebolehnya aku tidak mahu lagi terlibat dalam perangkap ini, bukan dalam masa ini dan terdekat ini. Namun Allah juga punya perancangan , mahu diuji iman ku yang telah aku lontarkan dengan kata-kata.
Kira-kira 6 bulan yang lalu......
Aku rasakan disinilah permulaannya. Terlalu mengagumi juga bahaya, bisa mengundang syaitan membisikan rasa yang kotor lagi hina. Alhamdulillah aku berjaya menepis dan kembali ke alam nyata. Percayalah sahabat, ketika itu aku masih mampu mengawal rasa ini supaya tidak pergi jauh kerana aku terlalu maklum akan dirimu.
Hari bersilih ganti entah bagaimana ia berterusan aku juga tidak tahu. Yang aku pasti saat aku menyedari kondisi aku sudah tidak mampu berhenti. Aku sudah cuba sahabatku, hanya pada Allah aku meminta agar rasa ini dijauhkan. Kerana aku tahu rasa ini tidak sewajarnya berlaku kerana kau sahabatku. Aku juga telah meminta nasihat dari teman rapatku, dia sajalah yang paling hampir denganku dan yang aku percayai untuk dikongsi. Bait kata-katanya buat aku tenang, "Jadilah engkau seperti Zulaikha."
Mulai dari hari itu aku sucikan rasa ini dengan penuh pengharapan pada Allah. Allah lah sebaik-baik pengaturan perjalanan. Aku belajar erti pengharapan yang tinggi kepada Allah. Tidakkah kau melihat bagaimana aku cuba menjadikan ianya positive dalam hidupku? Seandainya kau mengetahui kenyataan ini sahabatku yang aku cintai.
Namun hidup tidak akan selalu mewarnai langkahku. Saat keyakinanku memuncak aku terpaksa pasrah. Kini aku telah tahu, yang kau tidak akan pernah merestui rasa ini. Kau tidak bersalah, namun rasa ini juga tidak bersalah. Kau lebih dahulu dariku, andai aku bisa gambarkan kau sudah sehasta jauhnya manakala aku baru sahaja sejengkal. Jika aku yang sejengkal ini merasai kepedihannya apatah lagi engkau sahabatku. Aku tidak tegar melukaimu demi kepentinganku walau rasa itu tidak berlandaskan nafsu. Sedang rasa masih sejengkal dan langit masih mendung bukannya hujan lebat beselangkan kilat aku kumpulkan tekadku. Kaki ini perlu kembali, mengambil jalan yang jauh darimu sahabat. Tidak perlu kau khuatir kerana matlamat penghujungku masih sama denganmu. Itu janjiku. Pengunduranku tidak akan mecacatkan apa-apa. Kerana engkau juga tidak mengetahui. Pengunduranku adalah buatku. Ia adalah janjiku buat hatiku. Aku bimbang jika aku tidak membuat janji kepada hatiku, kau akan terluka kelak..
Maafkan aku sahabat. Maafkanku..............
![]() |
Jalan ku pulang |
Maafkan aku wahai sahabat,
Jika dapat kulayarkan kapal ku,
Pasti tidak ku jatuhkan sauhku berdekatanmu.
Namun kapal sudah berlabuh disitu,
teguhnya mempamerkan keyakinan,
Air laut menghakis warnanya,
Semboyan sudah berbunyi,
Seruan untuk pergi.
Permergianku ini abadi,
Ibarat kapal itu,
perginya tidak meninggalkan bukti,
Namun,
laut menjadi saksi,
Aku pernah berada disini.
-penulis khayalan-
Comments
limah jadi teman je... xlayak jd sahabat... tinggi pangkat sahabat tu..